Friday 14 October 2011

The slaughter house.

Hey guys! As-salam. how are you doing? feeling great? good! 1st sekali nak minta maaf sangat-sangat pasal tak update blog ni.. rasa macam dah berkurun tak update. biasa la orang sibuk kan? sebenarnya tak da la sibuk sangat, cuma malas gila nak menaip ni.. So today, i'm gonna talk bout my trip to slaughter house, Kota Bharu with my classmates.

The Slaughter House..
ape kejadahnya slaughter house ni? Slaughter house ni dalam bahasa melayu dipanggil rumah sembelihan.. bunyi cam gerun jer kan? Sembelih haiwan jer. tak de nye nak sembelih manusia. okay so hari tu, 12 okt 2011 aku bgn seawal 6 sumthing laa.. pasal kitaorang nk kena naik bas pukul 7.30pg ke fakulti perubatan veterinar UMK di Padang Tembak. sampai di sana, kitaorg bersarapan dulu sementara nk tunggu bas satu lagi yg akan amik kitaorg gi slaughter house. tngu punya tnggu sampai la bas UMK. trus direct gi sana. Samapi di sana, kitaorg ada briefing pasal Kompleks Abatoir milik jabatan Veterinar a.k.a slaughter house tu. lepas tu baru la kitaorg masuk ke dalam Dewan sembelihan.
Jalan menuju ke dewan sembelihan yg creepy.
Pintu masuk ke dalam dewan sembelihan.
Dalam dewan ni, kitaorg x dibenarkan mengambil sebarang gmbar so i'm so sorry because x dapat nk tayangkan kedaan di dalam. Tapi x pe as i will tell how was the condition of the hall. so sblumtu kitaorg pergi salin pakaian. pakai mcm Lab coat dgn boot. Boot aku warna putih.
White boot.

sblum masuk ke dalam dkt pintu tu kitaorg kena celup kaki yg ber boot dgn air ape ntah yg bertakung. maybe utk make sure boot tu bersih drpd sebarang kuman kot (my assumption jer). pastu kitaorg masuk ke dalam dan terlihat la seekor lembu besar gaban dah siap disiat kulit dan digantung. manakala ada seekor lg yg dah disembelih. seekor lagi still dlm kurungan bersedia utk disembelih. then, kitaorg sempat melihat cara sembelihan dibuat. sangat pantas diorg buat keja. byk giler darah yg keluar. it's like blood, reddish, concentrated... penuh di atas lantai. teringat masa tgk korban lembu kat kampung masa kecik2. that's why i'm not interested in watching lembu sembelih. and fact u need to know that i never eat beef or lamb because of this.. chicken or Gallus Gallus Domesticus aku makan.


next, lembu yg dah disiat kulit akan dibuang bhgian perut dgn penuh berhati2 agar daging x contiminate dgn bacteria dlm perut tu. ada saluran khas yg akan menyalurkan perut tu ke bilik memproses perut. Organ2 dalaman juga akan diasingkan. so carcas (tulang dan daging) akan di potong 4 bhgian dan akan di masukkan di chiller, kemudian packaging dan dimasukkan ke dalam freezer sblum diedarkan ke pengguna. btw, mostly pihak Tesco merupakan pengguna yg meminta khidmat rumah sembelihan ini utk menyembelih lembu2 utk dipasarkan.
Slaughter house ini sgtlah menekankan perkara2 seperti kebersihan, halal, kesucian sebab dewan sembelihan sgtlah dijaga bersih.. peralatan yg digunakan, lantai dan semuanya bersih sgt2. di mana air sentiasa mengalir utk menyalirkan darah dan kotoran... byk juga air digunakan. So aku sgt la mengagumi Slaughter house ni. So 5 Stars lah!
tiada lagi keraguan utk perkhidmatan sembelihan di Kompleks Abatoir Kota Bharu milik Jabatan Veterinar ni. btw Abatoir perkataan drpd perancis membawa maksud yg sama iaitu sembelihan.balik2 terus makan lunch dan bersiap utk ke kelas seterusnya di Padang Tembak.. Hari yg sgt meletihkan. But happy pasal gain knowledge. Huhu That's all my story.. Daa everyone... =)


Wednesday 13 July 2011

Tip owh tip... Nak lagi!

Harini aku nak cite pasal tip. Kalau ada orang nak bagi tip mesti korang nak kan. Mula-mula cakap eh tak pe la cik, tak payah susah-susah... Last-last ambik jugak kan? Pastu simpan angan-angan esok lusa dapat tip lagi... Sejak aku kerja kat fast food restaurant ni, ada jugak la tangan-tangan yang sudi hulurkan tip kat aku. Ye la, kalau jadi budak kitchen mana nak dapat tip kan. Pasal dok kat kitchen jer. So aku yang budak service ni yang selalu dok melayan kerenah customer kadang rasa seronok gak kalau ada benda yg advantages sket dari budak kitchen. Macam dapat tip. Tambah plak, aku skang jadi cashier so chance nk dapat tu agak cerah jugak la. First tip aku dapat masa sorang miss chinese ni yang meja dia agak ramai gak. Masa dia datang nak bayar kat aku tu, aku pon ikot la procedure suma. Masa bagi change due kat dia dlm seringgit lebih ker dua ringgit lebih ntah. Pastu dia bagi balik kat aku then dia cakap i bagi tip ye. Then aku yg kurang dgr ni ambik duit tu dan automatik cakap thank you. Pastu aku jadi keras jap. Pasal pikir balik apa yg miss tu cakap td. Dalam seminit cam tu bawu aku dapat tangkap yg dia bagi tip. Naseb baek aku ckp thanks kat dia. Rasa seronok gak pasal first time dapat tip. Aku pon cerita la kat budak service lain (dgn harapan dapat buat diorang jealous) Hah! Jahat gila. Second punya masa 2 org mamat Filipina yang datang makan. Diorang ni order pizza saiz LARGE tu.. Perghhh.. Bela saka ka apa??? Tp habis licin makan. Aku gak la yg ambik payment diorang. Risau gak kot-kot diorang dtg makan free pastu nak blah cam tu jer. Tp aku silap. Baki diorang tu aku letak la dlm buku tu then bagi kat diorang. Lepas diorang blh, member aku pon pergi la kemas table tu. Dia yg ambik buku tu tanpa membukanya terus bagi kat aku. Ye la, pasal aku cashier so dia bg kat aku. Bila aku bukak buku tu... Wow, mamat Filipina tu pon tinggal tip gak. Aku pon terus pantas tangan ambik. Patut jadi tip member aku kalau dia buka buku tu dulu. Tapi aku senyap jer. Dalam 2 ringgit lebih kot. Kali ketiga plak masa aku pergi ruang ambik makanan tu. Aku pon ternampak buku hitam tu. Aku pon ambik la nak letak kat tempat cashier balik kan. Tapi aku buka dulu. Perghh... ada tip lagi seringgit lebih gak la. Mesti member aku yg tlg uruskan payment customer dia tp tak buka buku tu. Apa lagi aku anggap rezeki aku laa..Alhamdulillah... murah rezeki. kali keempat yg baru-baru ni. Ada pasangan chinese yg datang makan. Dia mintak bill so aku pon settlekan payment diorang. Macam biasa duit baki aku letak dalam buku tu dan terus hantar kat table dia. Masa dia berangkat. Member aku pergi la kemaskan table. Dia ambik buku tu dan pas kat aku. Dia cakap ada benda dalam tu. So aku pun bukak la. Tadaaa.. duit baki tadi dia tak usik pon. dalam 50 sen kot. So duit tu pon masuk la dalam poket aku. Tip ni bukan benda yang aku idamkan sgt. Pasal time aku tak pikir dia, time tu la dia dtg. Tu la kemanisannya. Setakat ni, walaupun tip semua tak la masyuk sgt mcm pekerja hotel 5 stars ke tp aku anggap sesuatu yg bernilai gak. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ye tak?

Korang suma jgn la berat tangan utk bersedekah. Pasal apa yg aku baca dan aku alami selama ni. Duit yang kita guna bersedekah kerana Allah taala pasti ada pulangannya yg melimpah ruah drpd Nya. Kita bagi sebutir, Dia akan bagi segantang. So jangan la kekok utk bersedekah ya.

Monday 4 July 2011

My first salary OMG!

OMG (dgn muka yg agak terkejut beruk) bila tgk screen mesin ATM maybank td..fuhhh jauh gila dari yg aku target. Aku pun terfikir gak mana yg lain-lain. Takkan banyak ni je kot. Nak kata aku tak gi kerja, that's so impossible. Aku keja bulan lepas pon gila boleh tahan gak ar penat dgn OT. Perasaan excited terus jadi mcm tak de mood. Apa la sgt yg aku boleh beli dgn duit byk tu. Hmm... sebelum ni bukan  main lagi fikir nk beli tu la, nak beli ni la, nak wat saving la. Last-last semua punah. Heh! Aku nak jugak mintak slip gaji aku tu. Nak gak tgk brapa ribu sgt potong utk baju dgn KWSP??? Owh btw mesti korang tertanya-tanya aku keja apa kan? Keja biasa-biasa jer. Fast food restaurant. Hari ni aku off day, seharian gak duduk lepak kat shopping mall td. Al maklum la nk check gaji kuar tak lagi. Banyak kali gak cucuk kat mesin atm tu. Kali ke 3 (malam sikit) sebelum gi tgk wayang (cerita SEKALI LAGI)  baru la masuk. Time tu la aku terkejut beruk. Beruk pun tak terkejut macam aku. Apa-apa pun aku mengharapkan bulan ni gaji biar la masyuk. Target nak beli nokia E7 pon tak tercapai lg. Esok keja lagi. Tp aku dah naik boring jadual aku 4-12mlm. Asyik-asyik closing jaa. So guys, aku pon nak tidur awal pasal esok pagi boleh gi usha-usha baju. Pasal dkt dgn umah aku tu ada diorang wat sale 70% tu. Besar-besaran plak. Alang-alang dah ada gaji. Elok sangat kalau dapat beli sehelai dua kan. Baju pon asyik duduk ulang yang sama ja.

Saturday 2 July 2011

The beginning

Wuuuhuuuu.... yeay akhirnya berjaya jugak create my blog. Secara holistiknya blog ni hanyalah tempat utk saya berkongsi cerita kisah suka duka hidup saya. Kepada sesiapa yg rasa tak selesa dgn blog saya ni tak perlu lah buat benda yang menimbulkan kemarahan org. Pasal niat di hati just nk share dgn org yg sudi mendengar keluhan hati.. Ceeewahh! So, be good to me. And i'll do it back to u. Guys, sudi-sudi la be my follower and kindly leave ur comments okay! Thanks.