Wednesday 13 July 2011

Tip owh tip... Nak lagi!

Harini aku nak cite pasal tip. Kalau ada orang nak bagi tip mesti korang nak kan. Mula-mula cakap eh tak pe la cik, tak payah susah-susah... Last-last ambik jugak kan? Pastu simpan angan-angan esok lusa dapat tip lagi... Sejak aku kerja kat fast food restaurant ni, ada jugak la tangan-tangan yang sudi hulurkan tip kat aku. Ye la, kalau jadi budak kitchen mana nak dapat tip kan. Pasal dok kat kitchen jer. So aku yang budak service ni yang selalu dok melayan kerenah customer kadang rasa seronok gak kalau ada benda yg advantages sket dari budak kitchen. Macam dapat tip. Tambah plak, aku skang jadi cashier so chance nk dapat tu agak cerah jugak la. First tip aku dapat masa sorang miss chinese ni yang meja dia agak ramai gak. Masa dia datang nak bayar kat aku tu, aku pon ikot la procedure suma. Masa bagi change due kat dia dlm seringgit lebih ker dua ringgit lebih ntah. Pastu dia bagi balik kat aku then dia cakap i bagi tip ye. Then aku yg kurang dgr ni ambik duit tu dan automatik cakap thank you. Pastu aku jadi keras jap. Pasal pikir balik apa yg miss tu cakap td. Dalam seminit cam tu bawu aku dapat tangkap yg dia bagi tip. Naseb baek aku ckp thanks kat dia. Rasa seronok gak pasal first time dapat tip. Aku pon cerita la kat budak service lain (dgn harapan dapat buat diorang jealous) Hah! Jahat gila. Second punya masa 2 org mamat Filipina yang datang makan. Diorang ni order pizza saiz LARGE tu.. Perghhh.. Bela saka ka apa??? Tp habis licin makan. Aku gak la yg ambik payment diorang. Risau gak kot-kot diorang dtg makan free pastu nak blah cam tu jer. Tp aku silap. Baki diorang tu aku letak la dlm buku tu then bagi kat diorang. Lepas diorang blh, member aku pon pergi la kemas table tu. Dia yg ambik buku tu tanpa membukanya terus bagi kat aku. Ye la, pasal aku cashier so dia bg kat aku. Bila aku bukak buku tu... Wow, mamat Filipina tu pon tinggal tip gak. Aku pon terus pantas tangan ambik. Patut jadi tip member aku kalau dia buka buku tu dulu. Tapi aku senyap jer. Dalam 2 ringgit lebih kot. Kali ketiga plak masa aku pergi ruang ambik makanan tu. Aku pon ternampak buku hitam tu. Aku pon ambik la nak letak kat tempat cashier balik kan. Tapi aku buka dulu. Perghh... ada tip lagi seringgit lebih gak la. Mesti member aku yg tlg uruskan payment customer dia tp tak buka buku tu. Apa lagi aku anggap rezeki aku laa..Alhamdulillah... murah rezeki. kali keempat yg baru-baru ni. Ada pasangan chinese yg datang makan. Dia mintak bill so aku pon settlekan payment diorang. Macam biasa duit baki aku letak dalam buku tu dan terus hantar kat table dia. Masa dia berangkat. Member aku pergi la kemaskan table. Dia ambik buku tu dan pas kat aku. Dia cakap ada benda dalam tu. So aku pun bukak la. Tadaaa.. duit baki tadi dia tak usik pon. dalam 50 sen kot. So duit tu pon masuk la dalam poket aku. Tip ni bukan benda yang aku idamkan sgt. Pasal time aku tak pikir dia, time tu la dia dtg. Tu la kemanisannya. Setakat ni, walaupun tip semua tak la masyuk sgt mcm pekerja hotel 5 stars ke tp aku anggap sesuatu yg bernilai gak. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ye tak?

Korang suma jgn la berat tangan utk bersedekah. Pasal apa yg aku baca dan aku alami selama ni. Duit yang kita guna bersedekah kerana Allah taala pasti ada pulangannya yg melimpah ruah drpd Nya. Kita bagi sebutir, Dia akan bagi segantang. So jangan la kekok utk bersedekah ya.

Monday 4 July 2011

My first salary OMG!

OMG (dgn muka yg agak terkejut beruk) bila tgk screen mesin ATM maybank td..fuhhh jauh gila dari yg aku target. Aku pun terfikir gak mana yg lain-lain. Takkan banyak ni je kot. Nak kata aku tak gi kerja, that's so impossible. Aku keja bulan lepas pon gila boleh tahan gak ar penat dgn OT. Perasaan excited terus jadi mcm tak de mood. Apa la sgt yg aku boleh beli dgn duit byk tu. Hmm... sebelum ni bukan  main lagi fikir nk beli tu la, nak beli ni la, nak wat saving la. Last-last semua punah. Heh! Aku nak jugak mintak slip gaji aku tu. Nak gak tgk brapa ribu sgt potong utk baju dgn KWSP??? Owh btw mesti korang tertanya-tanya aku keja apa kan? Keja biasa-biasa jer. Fast food restaurant. Hari ni aku off day, seharian gak duduk lepak kat shopping mall td. Al maklum la nk check gaji kuar tak lagi. Banyak kali gak cucuk kat mesin atm tu. Kali ke 3 (malam sikit) sebelum gi tgk wayang (cerita SEKALI LAGI)  baru la masuk. Time tu la aku terkejut beruk. Beruk pun tak terkejut macam aku. Apa-apa pun aku mengharapkan bulan ni gaji biar la masyuk. Target nak beli nokia E7 pon tak tercapai lg. Esok keja lagi. Tp aku dah naik boring jadual aku 4-12mlm. Asyik-asyik closing jaa. So guys, aku pon nak tidur awal pasal esok pagi boleh gi usha-usha baju. Pasal dkt dgn umah aku tu ada diorang wat sale 70% tu. Besar-besaran plak. Alang-alang dah ada gaji. Elok sangat kalau dapat beli sehelai dua kan. Baju pon asyik duduk ulang yang sama ja.

Saturday 2 July 2011

The beginning

Wuuuhuuuu.... yeay akhirnya berjaya jugak create my blog. Secara holistiknya blog ni hanyalah tempat utk saya berkongsi cerita kisah suka duka hidup saya. Kepada sesiapa yg rasa tak selesa dgn blog saya ni tak perlu lah buat benda yang menimbulkan kemarahan org. Pasal niat di hati just nk share dgn org yg sudi mendengar keluhan hati.. Ceeewahh! So, be good to me. And i'll do it back to u. Guys, sudi-sudi la be my follower and kindly leave ur comments okay! Thanks.